Thursday 2 June 2011

Syarat-Syarat Pertandingan Skuasy


1.0   MASA PERTANDINGAN
18 Jun 2011, 1.45- 3.45 ptg

2.0   TEMPAT PERTANDINGAN
Gelanggang Skuasy Pusat Komuniti Cyberjaya

3.0   SYARAT PERTANDINGAN
3.1    Semua perlawanan melibatkan acara perseorangan sahaja.
3.2    Pendaftaran tidak terhad kepada setiap cawangan. Penerimaan peserta adalah berdasarkan first come- first serve basis.
3.3    Sistem pertandingan akan dijalankan secara sistem Kalah Mati (Knock Out) atau secara pusingan berkumpulan mengikut jumlah perserta.
3.4    Jika terdapat lebih dari 8 penyertaan, peserta akan dibahagikan kepada 2 kumpulan, A dan B. Dua pasukan tertinggi dalam setiap kumpulan layak ke peringkat separuh akhir di mana pemenang pertama kumpulan A bertemu dengan pasukan kedua kumpulan B dan pasukan kedua kumpulan A bertemu dengan pasukan pertama kumpulan B.
3.5    Jika permainan belum selesai namun telah melebihi 45minit, maka pemain yang mempunyai point lebih tinggi akan memenangi permainan.
3.6    Pemenang-pemenang dalam peringkat separuh akhir akan bertemu di perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan.

4.0   SISTEM KIRAAN
4.1    Setiap perlawanan pada peringkat awal sehingga separuh akhir akan diputuskan oleh 3 set yang terbaik dengan kiraan Point-a-Rally, 11 mata setiap set.
4.2    Pertandingan peringkat akhir akan dijalankan mengikut 5 set terbaik, Point-a-Rally. Tetapi, jika berlaku kesuntukan masa, pengadil boleh memutuskan untuk menjalankan sistem kiraan 3 set terbaik utk pertandingan final.
4.3    Sekiranya pada akhir perlawanan dalam satu kumpulan itu memperolehi kiraan mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan dengan mengira perbezaan dari jumlah mata yang diperolehi pasukan-pasukan berkenaan atau jika perlu, mengikut perbezaan agregat dengan pihak lawan.
4.4    Jika terjadi posisi skor 10-10 maka permainan dilanjutkan hingga diperoleh selisih 2 point.

5.0   ALATAN & ETIKA PERMAINAN
5.1    Peserta digalakkan untuk membawa racquet squash sendiri. Jika tiada, pihak penganjur akan menyediakan alatan.
5.2    Peserta disarankan untuk memakai pakaian yang sesuai dan sopan sewaktu perlawanan.
5.3    Kelewatan 10 minit boleh dianggap ‘walk over’ dan diputuskan oleh pengadil.

6.0   LAIN-LAIN
6.1    Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan kepada pengadil dalam masa 15 minit dari perlawanan tamat.
6.2    Sebarang keputusan dan perubahan syarat permainan tertakluk kepada budi-bicara Pengadil dan Jawatankuasa Pertandingan Skuasy dan adalah muktamad.
7.0   HADIAH
7.1    Hadiah akan diberikan kepada:
Johan dan Naib Johan

No comments: