- Pertandingan Ping Pong akan dijalankan dalam kategori berpasukan sahaja dengan acara acara seperti berikut;
- Perseorangan
- Beregu
- Tiada had penyertaan kepada setiap pemain
- Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan peringkat awal manakala peringkat suku akhir, separuh akhir dan peringkat akhir secara kalah mati.
- Jika penyertaan terdiri daripada dua belas (12) atau lebih, pertandingan pada peringkat awal akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam empat (4) kumpulan A,B,C dan D.
- Pasukan-pasukan akan diundi untuk menentukan kumpulan.
- Pemenang Johan dan Naib Johan Kumpulan A, B, C dan D layak memasuki peringkat suku akhir yang dijalankan seperti berikut;
- A1 lawan B2
- B1 lawan A2
- C1 lawan D2
- D1 lawan C2
- Pemenang dalam peringkat suku akhir akan bermain dalam peringkat separuh akhir yang dijalankan seperti berikut;
- A1 /B2 lawan C1 / D2
- D1/C2 lawan B1/A2
- Sekiranya penyertaan pasukan antara 9 - 11 pasukan akan dijadikan tiga (3) kumpulan dan sekiranya penyertaan 8 pasukan ke bawah akan dijadikan dua (2) kumpulan. Bagaimanapun ianya terserah kepada Jawatankuasa Pengelola.
- Pertandingan di dalam kumpulan akan dijalankan secara liga, sistem mata adalah seperti berikut ;
Menang = 2 mata , Kalah = 0 mata
- Sekiranya di akhir perlawanan dalam sesuatu kumpulan kiraan mata diperolehi sama oleh lebih dari satu pasukan, maka keputusan akan ditentukan seperti berikut;
- Jika dua (2) pasukan yang terlibat, pasukan yang telah mengalahkan lawannya di peringkat kumpulan akan dikira menang.
- Jika lebih dari dua (2) pasukan yang terlibat, maka pemenang akan ditentukan dengan kiraan perbezaan dari jumlah perlawanan (matches), set dan angka-angka mata yang telah diperolehi oleh pasukan-pasukan yang berkenaan.
Jika (1) dan (2) didapati sama, maka pasukan-pasukan akan diputuskan secara undian.
2. MENARIK DIRI:
- Pasukan atau pemain yang terlewat 15 minit dari masa yang telah dijadualkan bermain akan dianggap menarik diri serta kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan.
- Menarik diri (walk over) adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jika ianya berlaku maka pasukan atau pemain akan dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan.
3. BANTAHAN:
Bantahan hendaklah dibuat melalui Pengurus Pasukan secara bertulis dalam masa 15 minit dari perlawanan tamat
4. JAWATANKUASA BANTAHAN:
- Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Ping Pong akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantahan yang berkuasa untuk menerima, mendengar dan membuat keputusan berkaitan bantahan.
- Segala keputusan Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.
5. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN:
Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan tafsiran akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Ping Pong 2011 dan Majlis Sukan Hari Beliawanis Nasional dan ianya adalah muktamad.
6. HADIAH:
Hadiah yang disediakan adalah seperti berikut;
EMAS PERAK GANGSA
Disediakan oleh;
Arbanah Muhammad,
Pengelola Pertandingan Ping Pong,
Hari Beliawanis Nasional,
PEMBINA.
No comments:
Post a Comment