Wednesday, 1 June 2011

Syarat-Syarat Pertandingan Badminton

Berikut adalah syarat-syarat pertandingan bagi permainan Badminton:


JENIS PERTANDINGAN

  • Perseorangan
  • Beregu
PENDAFTARAN PEMAIN

1.     
  •       Setiap cawangan dibenarkan mendaftar seorang pemain bagi acara perseorangan dan satu pasangan bagi acara beregu bagi setiap acara
  • .         Seorang pemain hanya dibenarkan bermain untuk satu acara sahaja samada perseorangan atau beregu

SISTEM PERTANDINGAN
  • .      Pertandingan ini akan dijalankan secara “kalah mati”
  • .      Keutamaan pemain “seeding” hendaklah diadakan
  • .      Pertukaran pemain hanya boleh dibuat sebelum pertandingan dimulakan

SISTEM PERMARKAHAN

1.    Setiap kali serve, pemain akan dapat mata
2.    Kedua-dua belah pihak hendaklah bertanding dalam satu game 21 mata dari pusingan awal hingga pusingan suku akhir
3.    Pemain2 hendaklah menukar petak gelanggang pada mata 11.
4.    Jika kedudukan terikat 20-20, mata ‘deuce’sebanyak dua(2) point dikira
5.    Jika kedudukan berterusan hingga 29-29, pemain yang terlebih dahulu mendpat mata 30 adalah pemenang.

PAKAIAN
  • .      Pakaian sukan mesti kemas, bersih dan sopan
  • .      Sebarang jenis warna pakaian sukan dibenaran

KELEWATAN
1.      
      Masa 10 minit sahaja diberikan kepada setiap pemain yang datang lewat. Kemenangan percuma diberikan kepada pemain yang berada di gelanggang.

HADIAH

  • Hadiah disediakan utk Emas, Perak, Gangsa



PERATURAN ASAS SERVIS

1.      SINGLE



  • Pengadil melambung syiling
  • Pemain yg menang undi layak buat pilihan (sama ada mahu buat servis ATAU memilih gelanggang.
  • Pemain A memberi servis kepada Pemain B DARI sebelah KIRI gelanggang jika mata (point) pemain A adalah angka-angka ganjil (1,3,5,7 dan seterusnya).
  • Pemain A memberi servis kepada Pemain B DARI sebelah KANAN gelanggang jika kedudukan mata (point) adalah 0 dan angka-angka genap (2,4,6,8 dan seterusnya)

  

2.      BEREGU
  • Secara asasnya, servis dalam sistem regu turut menyamai sistem single.
  • Pemain yang melakukan servis membuat servis di kanan gelanggang andainya point adalah 0 dan angka-angka genap
  • Pemain melakukan servis di kiri gelanggang andainya point adalah angka-angka ganjil



 GELANGGANG PERMAINAN 










Disediakan oleh,
Nurazila Yahya (PIC Badminton games)

No comments: