Wednesday 8 June 2011

Syarat-syarat Pertandingan Pidato

Syarat-syarat pertandingan pidato Hari Beliawanis Nasional PEMBINA.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  • Setiap negeri perlu menghantar minimum seorang peserta dan/atau setiap cawangan perlu menghantar minimum seorang peserta.
  • Peserta haruslah berumur di antara 18-40 tahun dan warganegara Malaysia untuk layak menyertai pertandingan pidato ini.
SISTEM PERTANDINGAN
  • Setiap negeri atau cawangan boleh memilih untuk menjalankan pertandingan saringan, namun pihak Hari Beliawanis Nasional tidak akan ada liabiliti untuk urusan juri dan hadiah. Jika pertandingan saringan dijalankan, maksimum tiga peserta yang akan dipilih untuk mewakili negeri. Pemilihan wakil setiap negeri tertakluk kepada budi bicara AJK PEMBINA Negeri atau Cawangan.
  • Kriteria-kriteria yang diambil kira untuk menentukan kedudukan pemidato adalah seperti yang berikut

1.    Jumlah markah keseluruhan
2.    Jumlah markah isi
3.    Jumlah markah gaya dan penyampaian
4.    Jumlah markah bahasa
KAEDAH PERTANDINGAN
  • Setiap pemidato diberi masa 7 minit untuk berpidato.
  • Semasa pertandingan, loceng akan dibunyikan sekali sebagai tanda bermulanya pidato dan satu kali loceng akan dibunyikan apabila masa 1 minit sebelum tamat dan dua kali loceng dibunyikan apabila masa telah tamat.
  • Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan diberikan markah.
  • Pidato hendaklah disampaikan dalam Bahasa Melayu.
  • Para peserta hendaklah hadir di tempat pertandingan lima belas minit (15 minit) lebih awal untuk tujuan pengesahan pertandingan.

ETIKA PERTANDINGAN
  • Peserta digalakkan berpakaian kemas dan menutup aurat semasa pertandingan.
  • Peserta tidak digalakkan menunjukkan aksi kurang sopan, misalnya mengucapkan perkataan kasar dan kurang manis.
  • Peserta tidak digalakkan menyentuh perkara-perkara yang boleh menjejaskan maruah dan integriti seseorang individu dan sesebuah negara.
·         Peserta tidak dibenarkan mengkritik isu sensitif keagamaan, bangsa, budaya dan/atau peribadi seseorang.

PEMARKAHAN
  • Setiap pemidato akan diberikan markah maksimum 100 berdasarkan kepada:

Isi
Gaya dan Penyampaian
Bahasa
40 Markah
30 Markah
30  Markah





  • Isi akan diadili dari segi kesesuaian, pengembangan dan penjelasan hujah yang bernas, fakta-fakta, huraian dan bukti atau contoh yang logik.
  • Gaya dan penyampaian akan diadili berdasarkan persembahan pemidato yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang meyakinkan, gaya yang menarik, nilai bujukan yang tinggi dan penyampaian isu yang tertib.
  • Bahasa diadili berdasarkan bahasa yang jelas dan tepat (struktur dan sebutan) serta gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

KEPUTUSAN
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah-markah yang dicatatkan oleh mereka adalah sulit dan rahsia.  Sebarang kesulitan atau bantahan perlu dikemukakan kepada Urusetia Pertandingan.

No comments: