Pertandingan Catur
1. FORMAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
- Setiap pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja.
- Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Perlawanan berjalan secara serentak.
- Setiap pemain akan diberi masa selama 1jam (menggunakan chess clock). Pemainakan dikira kalah samada di Checkmate atau kehabisan masa yang diberikan (1 jam).
- Pertukaran pemain tidak boleh dilakukan selepas susunan pemain-pemain telahditetapkan dan diserahkan kepada penganjur.
- Semua pertandingan diperingkat awal akan dijalankan secara kalah mati di mana terdapat dua kumpulan yang akan berlawan secara serentak manakala peserta lain menunggu giliran mereka.
- Pemenang bagi perlawanan peringkat pertama sahaja yang layak ke pusingan seterusnya dan bertemu secara menyilang dan kalah mati.
- Pemenang-pemenang bagi perlawanan tersebut layak ke pusingan akhir bagi menentukan johan dan naib johan
2. CARA BERMAIN
- Permainan menggunakan set catur dan chess clock yang disediakan oleh pihak penganjur.
- Penentuan permulaan set putih @ hitam kepada pemain akan ditentukan secara undian oleh pengadil. Pemain yang mendapat set putih akan memulakan permainan.
3. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN
- Pemain dikira menang samada berjaya membuat ‘checkmate’ kepada pihak lawan atau pihak lawan kehabisan waktu yang diperutukan kepadanya selama 1 jam
- Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawannya melakukan kesalahan seperti berikut:
- Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan seperti dinyatakan di atas.
- Gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit perlawanan sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan di atas. Tidak mahu meneruskan perlawanan.
4. PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN PERMAINAN
Pengadil boleh membatalkan permainan jika pemain berada dalam keadaan berikut :
- Merokok, makan atau minum
- Membuat bising atau mengganggu permainan pihak lawan.
5. ETIKA BERPAKAIAN.
Semua pemain mestilah memakai pakaian sukan yang sesuai. Pakaian menjolok mata adalah dilarang sama sekali.
6. PENGADILAN
- Pengadil mempunyai kuasa mutlak mendenda pemain tanpa sebarang amaran atau teguran.
- Sebarang perubahan terhadap perkara yang membatalkan permainan adalah terletak pada budi bicara pengadil
- Keputusan pengadil adalah muktamad
- Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang dilantik oleh urusetia pengelola.
7. BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Pengadil atau urusetia yang dilantik oleh pihak penganjur program ini.
No comments:
Post a Comment