SELAMBUT / BATU SEREMBAN
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN SELAMBUT / BATU SEREMBAN
PERATURAN PERMAINAN
1.1 PESERTA
1.1.1 3 peserta perempuan bagi setiap negeri.
1.2 PERTANDINGAN
1.2.1 Perlawanan melibatkan sepuluh ( 10 ) bunga.
1.2.2 Bunga-bunga yang perlu diselesaikan oleh setiap peserta adalah seperti berikut :-
1.2.2.1 Bunga satu, satu, kanan
1.2.2.2 Bunga dua, dua, kanan
1.2.2.3 Bunga tiga, tiga, kanan
1.2.2.4 Bunga satu, satu, kiri
1.2.2.5 Bunga dua, dua, kiri
1.2.2.6 Bunga tiga, tiga, kiri
1.2.2.7 Bunga mengumpul satu-satu di tangan kiri atau sebaliknya
1.2.2.8 Bunga mengumpul dua-dua di tangan kiri atau sebaliknya
1.2.2.9 Bunga mengumpul tiga-tiga di tangan kiri atau sebaliknya
1.2.2.10 Bunga ‘gua’
1.3 CARA PERMAINAN
1.3.1 Bunga satu, satu, kanan
Peserta hendaklah melambung sebiji cakak ( pundi ), mengambil sebiji cakak di bawah dan disambut semula cakak yang dilambung bersamasama cakak yang diambil dengan menggunakan tangan kanan. Ulang sehingga selesai. Timbang ketujuh-tujuh cakak dan kira bilangan cakak yang dapat disambut.
1.3.2 Bunga dua, dua, kanan
Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, mengambil dua cakak di bawah dan disambut semula cakak yang dilambung bersama-sama cakak yang diambil dengan menggunakan tangan kanan. Ulang sehingga selesai. Timbang ketujuh-tujuh cakak dan kira bilangan cakak yang dapat disambut.
1.3.3 Bunga tiga, tiga, kanan
Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, mengambil tiga cakak di bawah dan disambut semula cakak yang dilambung bersama-sama cakak yang diambil dengan menggunakan tangan kanan. Ulang sehingga selesai. Timbang ketujuh-tujuh cakak dan kira bilangan cakak yang dapat disambut.
1.3.4 Bunga satu, satu, kiri
Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, mengambil satu cakak di bawah dan disambut semula cakak yang dilambung bersama-sama cakak yang diambil dengan menggunakan tangan kiri. Ulang sehingga selesai. Timbang ketujuh-tujuh cakak dan kira bilangan cakak yang dapat disambut.
1.3.5 Bunga dua, dua, kiri
Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, mengambil dua cakak di bawah dan disambut semula cakak yang dilambung bersama-sama cakak yang diambil dengan menggunakan tangan kiri. Ulang sehingga selesai. Timbang ketujuh-tujuh cakak dan kira bilangan cakak yang dapat disambut.
1.3.6 Bunga tiga, tiga, kiri
Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, mengambil tiga cakak di bawah dan disambut semula cakak yang dilambung bersama-sama cakak yang diambil dengan menggunakan tangan kiri. Ulang sehingga selesai. Timbang ketujuh-tujuh cakak dan kira bilangan cakak yang dapat disambut.
Bunga mengumpul satu-satu di tangan kiri atau sebaliknya Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, ambil sebiji cakak di bawah, letak di tangan kiri atau sebaliknya. Ambil cakak sehingga habis. Sebiji cakak yang lebih hendaklah dilambung dan disambut dengan tangan yang telah berisi dengan enam biji cakak tadi. Timbang dengan tangan yang berisi dengan cakak. Bunga mengumpul dua-dua di tangan kiri atau sebaliknya Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, ambil dua biji cakak di bawah, letak di tangan kiri atau sebaliknya. Ambil cakak sehingga habis. Sebiji cakak yang lebih hendaklah dilambung dan disambut dengan tangan yang telah berisi dengan enam biji cakak tadi. Timbang dengan tangan yang berisi dengan cakak.
Bunga mengumpul tiga di tangan kiri atau sebaliknya Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, ambil tiga biji cakak di bawah, letak di tangan kiri atau sebaliknya. Ambil cakak sehingga habis. Sebiji cakak yang lebih hendaklah dilambung dan disambut dengan tangan yang telah berisi dengan enam biji cakak tadi. Timbang dengan tangan yang berisi dengan cakak.
1.3.10 Bunga ‘gua’
Peserta hendaklah melambung sebiji cakak dan tolak keenam-enam biji cakak ke bawah tapak tangan kiri atau sebaliknya sambil menyambut cakak dengan tangan yang melambung. Angkat keenam-enam biji cakak, lambung sebiji cakak dan sambut dengan tangan yang berisi enam biji cakak tadi. Kemudian timbang dengan tangan yang berisi dengan cakak.
2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
2.1 PERMAINAN / PERLAWANAN
2.1.1 Permainan / perlawanan yang berlangsung bergantung kepada bilangan pengadil yang terlibat di dalam pertandingan sama ada diadili secara individu ( seorang pengadil seorang peserta ), berpasangan / berkelompok ( seorang pengadil dua @ tiga orang peserta ).
2.1.2 Setiap perlawanan dijalankan secara serentak.
2.1.3 Semasa menimbang :-
2.1.3.1 buah yang berjaya disambut sahaja akan dikira mata.
2.1.3.2 sekiranya buah yang disambut tercicir, timbangan dikira batal dan hendaklah
meneruskan dengan bunga yang berikutnya.
2.2.4 Kemenangan dikira apabila pesera mengumpul timbangan terbanyak.
2.2.5 Kemenangan dasar dikira apabila ketiga-tiga peserta mengumpul mata terbanyak.
2.2.6 Sekiranya seri, timbangan sebanyak lima ( 5 ) kali dijalankan oleh peserta-peserta yang
terlibat.
2.3 PENGADILAN
2.3.1 Setiap perlawanan akan diadili oleh seorang pengadil.
2.3.2 Semasa bermain, pengadil berhak menegur pemain-pemain yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
2.3.3 Pengadil akan memaklumkan kemenangan di akhir perlawanan.
2.3.4 Keputusan pengadil adalah muktamad.
2.4 LARANGAN
2.4.1 Peserta tidak dibenarkan menyentuh cakak-cakak yang tidak berkenaan semasa permainan dijalankan. Sekiranya tersentuh, bunga berkenaan dikira batal dan tidak boleh menimbang cakak. Hendaklah diteruskan dengan bunga yang seterusnya.
2.4.2 Sekiranya peserta gagal menyambut cakak semasa permainan dijalankan, bunga tersebut dikira batal, tidak boleh menimbang dan mesti meneruskan dengan bunga yang berikutnya.