Wednesday, 8 June 2011

Syarat-syarat Pertandingan Pidato

Syarat-syarat pertandingan pidato Hari Beliawanis Nasional PEMBINA.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  • Setiap negeri perlu menghantar minimum seorang peserta dan/atau setiap cawangan perlu menghantar minimum seorang peserta.
  • Peserta haruslah berumur di antara 18-40 tahun dan warganegara Malaysia untuk layak menyertai pertandingan pidato ini.
SISTEM PERTANDINGAN
  • Setiap negeri atau cawangan boleh memilih untuk menjalankan pertandingan saringan, namun pihak Hari Beliawanis Nasional tidak akan ada liabiliti untuk urusan juri dan hadiah. Jika pertandingan saringan dijalankan, maksimum tiga peserta yang akan dipilih untuk mewakili negeri. Pemilihan wakil setiap negeri tertakluk kepada budi bicara AJK PEMBINA Negeri atau Cawangan.
  • Kriteria-kriteria yang diambil kira untuk menentukan kedudukan pemidato adalah seperti yang berikut

1.    Jumlah markah keseluruhan
2.    Jumlah markah isi
3.    Jumlah markah gaya dan penyampaian
4.    Jumlah markah bahasa
KAEDAH PERTANDINGAN
  • Setiap pemidato diberi masa 7 minit untuk berpidato.
  • Semasa pertandingan, loceng akan dibunyikan sekali sebagai tanda bermulanya pidato dan satu kali loceng akan dibunyikan apabila masa 1 minit sebelum tamat dan dua kali loceng dibunyikan apabila masa telah tamat.
  • Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan diberikan markah.
  • Pidato hendaklah disampaikan dalam Bahasa Melayu.
  • Para peserta hendaklah hadir di tempat pertandingan lima belas minit (15 minit) lebih awal untuk tujuan pengesahan pertandingan.

ETIKA PERTANDINGAN
  • Peserta digalakkan berpakaian kemas dan menutup aurat semasa pertandingan.
  • Peserta tidak digalakkan menunjukkan aksi kurang sopan, misalnya mengucapkan perkataan kasar dan kurang manis.
  • Peserta tidak digalakkan menyentuh perkara-perkara yang boleh menjejaskan maruah dan integriti seseorang individu dan sesebuah negara.
·         Peserta tidak dibenarkan mengkritik isu sensitif keagamaan, bangsa, budaya dan/atau peribadi seseorang.

PEMARKAHAN
  • Setiap pemidato akan diberikan markah maksimum 100 berdasarkan kepada:

Isi
Gaya dan Penyampaian
Bahasa
40 Markah
30 Markah
30  Markah





  • Isi akan diadili dari segi kesesuaian, pengembangan dan penjelasan hujah yang bernas, fakta-fakta, huraian dan bukti atau contoh yang logik.
  • Gaya dan penyampaian akan diadili berdasarkan persembahan pemidato yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang meyakinkan, gaya yang menarik, nilai bujukan yang tinggi dan penyampaian isu yang tertib.
  • Bahasa diadili berdasarkan bahasa yang jelas dan tepat (struktur dan sebutan) serta gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

KEPUTUSAN
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah-markah yang dicatatkan oleh mereka adalah sulit dan rahsia.  Sebarang kesulitan atau bantahan perlu dikemukakan kepada Urusetia Pertandingan.

Thursday, 2 June 2011

Syarat-Syarat Pertandingan Skuasy


1.0   MASA PERTANDINGAN
18 Jun 2011, 1.45- 3.45 ptg

2.0   TEMPAT PERTANDINGAN
Gelanggang Skuasy Pusat Komuniti Cyberjaya

3.0   SYARAT PERTANDINGAN
3.1    Semua perlawanan melibatkan acara perseorangan sahaja.
3.2    Pendaftaran tidak terhad kepada setiap cawangan. Penerimaan peserta adalah berdasarkan first come- first serve basis.
3.3    Sistem pertandingan akan dijalankan secara sistem Kalah Mati (Knock Out) atau secara pusingan berkumpulan mengikut jumlah perserta.
3.4    Jika terdapat lebih dari 8 penyertaan, peserta akan dibahagikan kepada 2 kumpulan, A dan B. Dua pasukan tertinggi dalam setiap kumpulan layak ke peringkat separuh akhir di mana pemenang pertama kumpulan A bertemu dengan pasukan kedua kumpulan B dan pasukan kedua kumpulan A bertemu dengan pasukan pertama kumpulan B.
3.5    Jika permainan belum selesai namun telah melebihi 45minit, maka pemain yang mempunyai point lebih tinggi akan memenangi permainan.
3.6    Pemenang-pemenang dalam peringkat separuh akhir akan bertemu di perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan.

4.0   SISTEM KIRAAN
4.1    Setiap perlawanan pada peringkat awal sehingga separuh akhir akan diputuskan oleh 3 set yang terbaik dengan kiraan Point-a-Rally, 11 mata setiap set.
4.2    Pertandingan peringkat akhir akan dijalankan mengikut 5 set terbaik, Point-a-Rally. Tetapi, jika berlaku kesuntukan masa, pengadil boleh memutuskan untuk menjalankan sistem kiraan 3 set terbaik utk pertandingan final.
4.3    Sekiranya pada akhir perlawanan dalam satu kumpulan itu memperolehi kiraan mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan dengan mengira perbezaan dari jumlah mata yang diperolehi pasukan-pasukan berkenaan atau jika perlu, mengikut perbezaan agregat dengan pihak lawan.
4.4    Jika terjadi posisi skor 10-10 maka permainan dilanjutkan hingga diperoleh selisih 2 point.

5.0   ALATAN & ETIKA PERMAINAN
5.1    Peserta digalakkan untuk membawa racquet squash sendiri. Jika tiada, pihak penganjur akan menyediakan alatan.
5.2    Peserta disarankan untuk memakai pakaian yang sesuai dan sopan sewaktu perlawanan.
5.3    Kelewatan 10 minit boleh dianggap ‘walk over’ dan diputuskan oleh pengadil.

6.0   LAIN-LAIN
6.1    Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan kepada pengadil dalam masa 15 minit dari perlawanan tamat.
6.2    Sebarang keputusan dan perubahan syarat permainan tertakluk kepada budi-bicara Pengadil dan Jawatankuasa Pertandingan Skuasy dan adalah muktamad.
7.0   HADIAH
7.1    Hadiah akan diberikan kepada:
Johan dan Naib Johan

Syarat-syarat Pertandingan Ping-pong


1. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PING PONG


  • Pertandingan Ping Pong akan dijalankan dalam kategori berpasukan sahaja dengan acara acara seperti berikut;

  1.  Perseorangan
  2. Beregu

  • Tiada had penyertaan kepada setiap pemain
  • Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan peringkat awal manakala peringkat suku akhir, separuh akhir dan peringkat akhir secara kalah mati.
  • Jika penyertaan terdiri daripada dua belas (12) atau lebih, pertandingan pada peringkat awal akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam empat (4) kumpulan A,B,C dan D. 
  • Pasukan-pasukan akan diundi untuk menentukan kumpulan. 

  • Pemenang Johan dan Naib Johan Kumpulan A, B, C dan D layak memasuki peringkat suku akhir yang dijalankan seperti berikut;

  1. A1 lawan B2
  2. B1 lawan A2
  3. C1 lawan D2
  4. D1 lawan C2 
  • Pemenang dalam peringkat suku akhir akan bermain dalam peringkat separuh akhir yang dijalankan seperti berikut;

  1. A1 /B2 lawan C1 / D2
  2. D1/C2 lawan B1/A2


  • Sekiranya penyertaan pasukan antara 9 - 11 pasukan akan dijadikan tiga (3) kumpulan dan sekiranya penyertaan 8 pasukan ke bawah akan dijadikan dua (2) kumpulan. Bagaimanapun ianya terserah kepada Jawatankuasa Pengelola. 

  • Pertandingan di dalam kumpulan akan dijalankan secara liga, sistem mata adalah seperti berikut ;

             Menang = 2 mata , Kalah = 0 mata 
  • Sekiranya di akhir perlawanan dalam sesuatu kumpulan kiraan mata diperolehi sama oleh lebih dari satu pasukan, maka keputusan akan ditentukan seperti berikut; 
  1. Jika dua (2) pasukan yang terlibat, pasukan yang telah mengalahkan lawannya di peringkat kumpulan akan dikira menang.
  2. Jika lebih dari dua (2) pasukan yang terlibat, maka pemenang akan ditentukan dengan kiraan perbezaan dari jumlah perlawanan (matches), set dan angka-angka mata yang telah diperolehi oleh pasukan-pasukan yang berkenaan.

      Jika (1) dan (2) didapati sama, maka pasukan-pasukan akan diputuskan secara undian.

2. MENARIK DIRI:
  • Pasukan atau pemain yang terlewat 15 minit dari masa yang telah dijadualkan bermain akan dianggap menarik diri serta kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan.
  • Menarik diri (walk over) adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jika ianya berlaku maka pasukan atau pemain akan dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan.


3. BANTAHAN:
Bantahan hendaklah dibuat melalui Pengurus Pasukan secara bertulis dalam masa 15 minit dari perlawanan tamat

4. JAWATANKUASA BANTAHAN:
  • Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Ping Pong akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantahan yang berkuasa untuk menerima, mendengar dan membuat keputusan berkaitan bantahan.
  • Segala keputusan Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.


5. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN:
Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan tafsiran akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Ping Pong 2011 dan Majlis Sukan Hari Beliawanis Nasional  dan ianya adalah muktamad.

6. HADIAH:
Hadiah yang disediakan adalah seperti berikut;
EMAS PERAK GANGSA


Disediakan oleh;
Arbanah Muhammad,
Pengelola Pertandingan Ping Pong,
Hari Beliawanis Nasional,
PEMBINA.

Wednesday, 1 June 2011

Syarat-Syarat Pertandingan Badminton

Berikut adalah syarat-syarat pertandingan bagi permainan Badminton:


JENIS PERTANDINGAN

  • Perseorangan
  • Beregu
PENDAFTARAN PEMAIN

1.     
  •       Setiap cawangan dibenarkan mendaftar seorang pemain bagi acara perseorangan dan satu pasangan bagi acara beregu bagi setiap acara
  • .         Seorang pemain hanya dibenarkan bermain untuk satu acara sahaja samada perseorangan atau beregu

SISTEM PERTANDINGAN
  • .      Pertandingan ini akan dijalankan secara “kalah mati”
  • .      Keutamaan pemain “seeding” hendaklah diadakan
  • .      Pertukaran pemain hanya boleh dibuat sebelum pertandingan dimulakan

SISTEM PERMARKAHAN

1.    Setiap kali serve, pemain akan dapat mata
2.    Kedua-dua belah pihak hendaklah bertanding dalam satu game 21 mata dari pusingan awal hingga pusingan suku akhir
3.    Pemain2 hendaklah menukar petak gelanggang pada mata 11.
4.    Jika kedudukan terikat 20-20, mata ‘deuce’sebanyak dua(2) point dikira
5.    Jika kedudukan berterusan hingga 29-29, pemain yang terlebih dahulu mendpat mata 30 adalah pemenang.

PAKAIAN
  • .      Pakaian sukan mesti kemas, bersih dan sopan
  • .      Sebarang jenis warna pakaian sukan dibenaran

KELEWATAN
1.      
      Masa 10 minit sahaja diberikan kepada setiap pemain yang datang lewat. Kemenangan percuma diberikan kepada pemain yang berada di gelanggang.

HADIAH

  • Hadiah disediakan utk Emas, Perak, Gangsa



PERATURAN ASAS SERVIS

1.      SINGLE



  • Pengadil melambung syiling
  • Pemain yg menang undi layak buat pilihan (sama ada mahu buat servis ATAU memilih gelanggang.
  • Pemain A memberi servis kepada Pemain B DARI sebelah KIRI gelanggang jika mata (point) pemain A adalah angka-angka ganjil (1,3,5,7 dan seterusnya).
  • Pemain A memberi servis kepada Pemain B DARI sebelah KANAN gelanggang jika kedudukan mata (point) adalah 0 dan angka-angka genap (2,4,6,8 dan seterusnya)

  

2.      BEREGU
  • Secara asasnya, servis dalam sistem regu turut menyamai sistem single.
  • Pemain yang melakukan servis membuat servis di kanan gelanggang andainya point adalah 0 dan angka-angka genap
  • Pemain melakukan servis di kiri gelanggang andainya point adalah angka-angka ganjil



 GELANGGANG PERMAINAN 










Disediakan oleh,
Nurazila Yahya (PIC Badminton games)

Thursday, 26 May 2011

PEMBINA di HIMPUNAN SEJUTA BELIA, Putrajaya



Lawati ke tapak pameran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
di tapak nombor 42
Di hadapan Bangunan Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Jumaat, Sabtu & Ahad
27 – 29 Mei 2011
10 pagi – 10 malam

Tayangan video | Rakaman Talk Show Belia |
Persembahan Nasyid Permainan | Pendaftaran Keahlian | Freebies

Majlis Belia Malaysia

Pengangkutan ke Kelab Komuniti Cyberjaya

Hari Beliawanis Nasional...Julung-julung kalinya diadakan!!!!

Berminatnya!!!!!!!!!! Kat mana tu???

Kat mana lagi...Kelab Komuniti Cyberjaya la pada 18 Jun 2011

Wah...RM10 je...Hadiah LUMAYAN!!!!!!! Get set...GO!!!...


Oooopppss...tapi macam mana nak ke sana nanti?

Hah...Jangan risau... Saudari Anis Nirhana siap sedia membantu...
Hubungi beliau di : 013-6249400












Anda berada dalam kawasan sistem pengangkutan pintar?



Anda boleh menaiki ERL dari KL Sentral dan berhenti di perhentian Putrajaya. Dari Putrajaya anda boleh menaiki bas awam ke Cyberjaya...


Mudah kan???Apa tunggu lagi...


JOM Daftar!!!! Pelbagai aktiviti menarik di sana.....

HARI BELIAWANIS NASIONAL...


~Inilah masa berkumpulnya beliawanis seluruh Malaysia~


Peta:
Klik untuk melihat dengan lebih jelas